Thursday, October 30, 2014

KAWASAKI

KAWASAKI NINJA 250SL 2014 DI LANCARKAN DI MALAYSIA 

Salam kepada semua warga blogger


Kawasaki Ninja 250SL 2014 secara rasmi di lancarkan Kawasaki Malaysia. Mengakhiri penantian dan persoalan dari kalangan komuniti permotoran Malaysia, adakah Ninja 250SL akan memasuki pasaran Malaysia akhirnya terjawab dengan pelancaran rasmi dan pratonton di Sepang International Circuit selepas debut pertama di Indonesia awal tahun ini.


Kawasaki Ninja 250SL di kuasakan enjin 1 silinder 250cc DOHC sejukan cecair dan suntikan bahan api mampu menghasilkan 28hp pada 9,700 RPM dan kuasa tork pada22.6Nm pada 8,200 RPM, agak berkuasa bagi enjin 1 silinder.

Kawasaki Ninja 250SL di datangkan dengan warna Kuning dan Hijau Kawasaki dengan harga asas RM17,689.00. Harga yang agak kompetitif bagi meletakkan Kawasaki Ninja 250SL mampu bersaing dalam pasaran dan meraih sasaran kelompok penunggang baru yang mahukan sebuah jentera sporty, berkuasa, mudah selenggara pada harga berpatutan.




















sekian saja wsalam  maaf dari saya jika ada tersilap.


No comments:

Post a Comment