KTM RC200 Dan KTM RC390 ABS 2015 Di Lancarkan Di Malaysia - Harga Asas RM16,888 Dan RM27,500
KTM Malaysia CKD melalui Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd bersempena Hari Malaysia, secara rasmi telah melancarkan model Street Legal Supersports yang di tunggu-tunggu seluruh peminat permotoran di Malaysia iaitu KTM RC200 dan KTM RC390setelah pelancaran rasmi di Itali yang lalu.
Menarik mengenai spesifikasi KTM RC200 dan KTM RC390, ianya di kuasakan enjin 199.5c, mampu menjana 25hp dan KTM RC390 dengan enjin 373.2cc mampu mencapai kuasa setinggi 44hp di gabung bersama rangka trellis yang di reka dengan jarak roda lebih pendek dan ruang kelegaan tanah lebih rapat. Dengan berat KTM RC200 adalah 137.5 kg dan KTM RC390 sekitar 147kg, KTM RC boleh di ibaratkan sebagai jelmaan jentera KTM Moto3 yang di adaptasi untuk tunggangan di jalanan dengan ciri-ciri ringan dan mesra pengguna.
Antara ciri menarik pada KTM RC ialah ianya mengunakan sistem suspensi hadapan USD 43mm dari jenis WP, sama besar yang di gunakan pada model Superbike KTM 1190 RC8R. Sistem brek hadapan jenis angkup 4 omboh dengan cakera ByBre 300mm dan brek belakang adalah jenis angkup omboh tunggal dengan cakera 230mm. KTM RC390 di datangkan standard dengan ABS manakala RC200 tanpa ABS. Ini bermakna produksi RC390 akan mempunyai hanya satu varian iaitu model ABS, manakala RC200 yang hanya boleh di dapati sebagai Non-ABS.
Dari segi estetika, KTM RC200 dan RC390 sememangnya cukup sempurna sebagai bintang sebenar dari Eropah, ianya adalah model dengan jiwa sebenar Eropah tanpa sedikit pun pengaruh dari model Jepun. Unik di lengkapi dengan lampu siang untuk lebih jelas, ekzos underseat dan kedudukan tunggangan yang sporty dengan tempat letak kaki di susun dengan cukup kemas.
KTM RC200 di datang dengan harga asas RM16,888 dan KTM RC390 dengan harga asasRM27,500. Pasti ramai yang tak tidur malam...dan mempunyai reka bentuk menarik dan lampu hadapan yang agak unik ......
Sumber: KTM Malaysia-CKD
Sekian terima kasih dari saya
maaf dari saya jika ad kesalahan
teruskan sokong blog saya
No comments:
Post a Comment